Blogger Layouts
create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday 6 May 2012

MISS U ALL :(

Assalamualaikum .

Selamat malam .

Baru berapa hari meninggalkan kawan2 semua tapi rasa macam dah lama x berjumpa.
Terasa sangat bile berjauhan dengan mereka semua.
Mana tidaknya selama nie bersama-sama jea.
Aku rindu kat korang semua. 
Rindu pergi makan sama-sama,buat asgment,g jalan-jalan,lepak n banyak lagi.
Aku xkan lupekan korang semua wahai sahabat2ku.
Korang semua sentiasa dalam ingatan aku.
KAWAN SAMPI BILA-BILA :(


Terasa rindu jugak kat MY PAPA.
Walaupon hari terakhir kite jumpa ada masalah.
Tapi xpelah peristiwa tue semua dah lepas. 
So jangan dikenang kembali.

MISS U ALL SO MUCH :(

Friday 4 May 2012

CERITA 1 MAY :)

Assalamualaikum.

Selamat malam semua.

Aku saja nak share cerita aku pada 1 may aritu sempena hari buruh.
Walaupun xkeje lagi tapi aku rasa aku yang beriya2 sangat nak manfaatkan hari nie.
Ceritanya bermula, jeng,jeng,jeng,jeng........
Aku nie jenis yang xreti nak pilih hadiah nak bagi kat lelaki.
Tapi sebab aku dah ada niat nak bagi kat MY PAPA so terpaksa jugak beli. Kononnya nak dijadikan kenangan. Tq miera sebab tolong pilihkan hadiah untuk kite beli.
Walaupon xseberapa sekurang2nya ada jugak aku nak bagi kat die.
Aku just bagi bunga rose 3 kuntum,warna merah,oren n pink. Bagi aku cantik ar.


Pas tue g beli minyak wangi SG MEN n coklet.




Mula2 teragak2 jugak nak bagi tapi Ok lah. not bad jugak.
Rasa macam kelakar plak bile die ckp xpnah perempuan bagi bunga kat aku.
HAHAHA. xpelah xsemestinya lelaki jea kan bagi perempuan .
Lagi 1 susahnya nak amik gmbar ngan die.
Sepanjang kenal xada 1 gambar aku ngan die pon. tapi bile aku paksa nak xnak amik jugak ar walaupon 1 kan.


Nie lah gambarnya.MY PAPA kite nie biasa jea xadalah  HOT sangat. 
So kepada yang baca entry nie doakanlah kebahagiaan kami yea n kepada yang rasa menyampah itu korang punya pasal lah yea.
I'M HAPPY WITH YOU <3
k baiiii.....

Thursday 3 May 2012

HADIAH :)


Assalamualaikum.

Selamat pagi semua,

Nie lah gara-gara xboleh nak tido so first entry yang aku nak share ngan u all semua ialah pasal hadiah.
Baru2 nie aku dapat 2 hadiah dari mereka ( My PAPA n My BFF).
Hadiah nie dah lama sangat aku nak so dengan bajet yang xada aku mintaklah PAPA belikan untuk aku sempena nak habis study nie kan.
 So bile aku tengok benda nie dapat ar jugak lepas rindu dengan die. 
Tq PAPA sebab belikan n tunaikan permintaan MAMA.



Nie lah die hadiahnya. comelkan :)
Rabbit nie sepasang yang warna putih tue namanya CHACHA n yang warna coklet tue jantan. Die nie xada nama yang tetap. Banyak nama die antaranya GG,BABY,n TOKAK.
Xkisah ar mcmane pon aku akan sedaya upaya jaga rabbit nie. 
Tq PAPA. LOVE u <3


Hadiah dari My BFF pula ..................


Katanya die bagi hadiah nie sebagai tanda kenangan sepanjang kenal ngan die. 
Pape pon Tq sangat2 sebab bagi hadiah nie. 
Kite akan jaga jam nie sebaik mungkin yea.
Sorie lah sebab xdapat nak bagi pape sebagai tanda kenangan.
Happy dapat berkenalan dengan kamu :)



Saturday 12 November 2011

11.11.11

Assalamualaikum.
Selamat pagi :)



Tarikh nie adalah tarikh kebahagian buat Si Dia yang kini bergelar suami orang. Perkenalan yang selama ini membuatkan aku lebih sayang kepada dia. Tapi apa kan daya jodoh semua di tangan Allah. kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Banyak kenangan yang telah aku dan dia lalui sama ada kenangan manis atau sebalik nya.Jam 8.30 malam die telah bergelar suami kepada seorang wanita yang disayangi nya. dan pada keesokan harinya pada tarikh 12.11.11 hari persandingannya pula dirumah pengantin wanita. Walaupun sedih dengan apa yang telah terjadi aku tetap mengucapkan selamat pengantin baru kepada si dia. ucapan aku dibalas dengan terima kasih dari dia. Kini dia sudah dimiliki oleh orang lain. Apa pun yang terjadi aku harap dia hidup bahagia selama-lamanya n mendapat anak yang soleh dan soleha :)

Sunday 30 October 2011

READY TO GO :)

Assalamualaikum..
Selamat petang semua :)

Hari ini aku nak share dengan u all semua persiapan masa aku ngan housemate nak g oustation kat kampung nie.Sehari sebelum kiteowang g mula lah wat persiapan beli bekalan makanan,tudung n barang2 yang masih belum cukup.Emm banyak jugak duit yang habis nak beli barang2 nie semua. Xpelah bukan selalu kan. Tapi setiap kali nak g Oustation time 2lah nak g beli seluar,tudung n makanan. Excited ar katakan.Bukan selalu dapat berjalan g mane2 kan.Oleh disebabkan g jalan2 nie jugak ar yuran kiteowang untuk sem nie mahal yang teramat sangat.HAHAHAH. xpelah mak aku yang bayar kan. Nanti dah dapat keje aku plak yang bagi wet kat mak aku. INSYALLAH :).


makanan yang aku n housemate beli  :)

banyak kan :)

Nanti aku sambung lagi aktiviti yang kami semua lakukan kat sana .

Monday 24 October 2011

ZOO JOHOR :)

Assalamualaikum.

Selamat petang semua :)

Kali ini aku nak share dengan korang semua apa yang aku buat hujung minggu yang lepas k. Penat + Happy semua ada.Hari jumaat yang lepas aku balik rumah akak aku dekat SKUDAI. Tapi sebelum balik rumah die, petang tue aku pergilah singgah ZOO JOHOR. Nie semua gara-gara nak wat video untuk assigment interpretasi aku. Mula2 berlakon dari rumah.kononnya nak g dating kat zoo.Emm wat lawak jea.Tapi untuk jadikan video yang menarik terpaksalah. Aku gerak dari rumah dengan kawan-kawan aku iaitu Miera,Panot,kak Mira n abg Arip. Sebelum sampai zoo g LARKIN dulu anta miera n panot nak balik kampung. So pas 2 baru g zoo. Sampai je zoo kiteowang g ar kaunter nak bayar tiket. Tau tak tiket nak masuk zoo xar mahal just RM3 jea siap ada pertunjukkan lagi.tapi kiteowang xtengok pon sebab malas nak tunggu. So pas habis semua babak untuk video iaitu tengok binatang kiteowang pon balik arr pe lagi nak tunggu. Hari pon dah petang.

Nie pic aku ngan kak mira masa wat assigment video :)

Sampai je dekat rumah akak aku anak sedara aku cakap" mak usu jom g zoo ". HAHAHA zoo lagi :).
Emm sayang punya pasal kat anak sedara esok nya aku pon g lah zoo ngan akak aku n anak sedara aku yang tersayang MOHD HARIZ. Layankan jelah. Boleh dikatakan tiap2 minggu HARIZ g zoo.agaknya haiwan kat sana pon dah kenal ngan die :). yang aku nie pon semalam dah g hari ini g lagi. Tapi xpelah disebab kan HARIZ dapat juagak aku rakam babak naik kuda kat sana. Sebab tunggang kuda hanya pada hari sabtu n ahad je. So happy ar dapat luangkan masa 2 hari dengan haiwan2 kat zoo :).

Nie pic akak n anak sedara kesayangan aku :)

Nie pulak pic aku ngan MOHD HARIZ :)



Tuesday 18 October 2011

MAK & AYAH :(

Assalamualaikum.

Selamat malam..

Sedih bila mendapat panggilan dari MY DAD. Bertambah sedih bila mendengar suara MY MOM. Sayu bila dengar suara mak yang kepenatan. Dari suara mak n ayah, aku tau yang ada SOMETHING yang mereka sembunyikan dari aku.Macam2 benda yang aku pikirkan.Mereka xnak berkongsi cerita dengan aku sebab mereka xnak menyusahkan aku.Mak n ayah walaupon mak n ayah xcerita n suka sembunyikan sesuatu tapi aku tau apa yang berlaku. Mak n ayah semua yang kita hadapi dalam keluarga kita nie semuanya dugaan dari Allah. Mak n ayah kuatkan semangat k. Jangan cepat mengalah. Sememangnya manusia sekarang nie xboleh nak tengok kite senang. Dieowang akan dapat pembalasan dari apa yang dah buat. Mak n ayah sabar jea ea. Banyakkan berdoa supaya dijauhkan dari segala benda yang xelok. Mak n ayah terima kasih atas pengorbanan yang diberikan k. Mak n ayah sanggup berkorban apa saja untuk family kita..Jasa dan pengorbanan mak n ayah xdapat aku nak balas. Aku tau mak n ayah aku kuat semangat untuk tempuhi semua dugaan nie. I really miss both of you. Sayang mereka sangat2.