Blogger Layouts
create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday 30 October 2011

READY TO GO :)

Assalamualaikum..
Selamat petang semua :)

Hari ini aku nak share dengan u all semua persiapan masa aku ngan housemate nak g oustation kat kampung nie.Sehari sebelum kiteowang g mula lah wat persiapan beli bekalan makanan,tudung n barang2 yang masih belum cukup.Emm banyak jugak duit yang habis nak beli barang2 nie semua. Xpelah bukan selalu kan. Tapi setiap kali nak g Oustation time 2lah nak g beli seluar,tudung n makanan. Excited ar katakan.Bukan selalu dapat berjalan g mane2 kan.Oleh disebabkan g jalan2 nie jugak ar yuran kiteowang untuk sem nie mahal yang teramat sangat.HAHAHAH. xpelah mak aku yang bayar kan. Nanti dah dapat keje aku plak yang bagi wet kat mak aku. INSYALLAH :).


makanan yang aku n housemate beli  :)

banyak kan :)

Nanti aku sambung lagi aktiviti yang kami semua lakukan kat sana .

Monday 24 October 2011

ZOO JOHOR :)

Assalamualaikum.

Selamat petang semua :)

Kali ini aku nak share dengan korang semua apa yang aku buat hujung minggu yang lepas k. Penat + Happy semua ada.Hari jumaat yang lepas aku balik rumah akak aku dekat SKUDAI. Tapi sebelum balik rumah die, petang tue aku pergilah singgah ZOO JOHOR. Nie semua gara-gara nak wat video untuk assigment interpretasi aku. Mula2 berlakon dari rumah.kononnya nak g dating kat zoo.Emm wat lawak jea.Tapi untuk jadikan video yang menarik terpaksalah. Aku gerak dari rumah dengan kawan-kawan aku iaitu Miera,Panot,kak Mira n abg Arip. Sebelum sampai zoo g LARKIN dulu anta miera n panot nak balik kampung. So pas 2 baru g zoo. Sampai je zoo kiteowang g ar kaunter nak bayar tiket. Tau tak tiket nak masuk zoo xar mahal just RM3 jea siap ada pertunjukkan lagi.tapi kiteowang xtengok pon sebab malas nak tunggu. So pas habis semua babak untuk video iaitu tengok binatang kiteowang pon balik arr pe lagi nak tunggu. Hari pon dah petang.

Nie pic aku ngan kak mira masa wat assigment video :)

Sampai je dekat rumah akak aku anak sedara aku cakap" mak usu jom g zoo ". HAHAHA zoo lagi :).
Emm sayang punya pasal kat anak sedara esok nya aku pon g lah zoo ngan akak aku n anak sedara aku yang tersayang MOHD HARIZ. Layankan jelah. Boleh dikatakan tiap2 minggu HARIZ g zoo.agaknya haiwan kat sana pon dah kenal ngan die :). yang aku nie pon semalam dah g hari ini g lagi. Tapi xpelah disebab kan HARIZ dapat juagak aku rakam babak naik kuda kat sana. Sebab tunggang kuda hanya pada hari sabtu n ahad je. So happy ar dapat luangkan masa 2 hari dengan haiwan2 kat zoo :).

Nie pic akak n anak sedara kesayangan aku :)

Nie pulak pic aku ngan MOHD HARIZ :)



Tuesday 18 October 2011

MAK & AYAH :(

Assalamualaikum.

Selamat malam..

Sedih bila mendapat panggilan dari MY DAD. Bertambah sedih bila mendengar suara MY MOM. Sayu bila dengar suara mak yang kepenatan. Dari suara mak n ayah, aku tau yang ada SOMETHING yang mereka sembunyikan dari aku.Macam2 benda yang aku pikirkan.Mereka xnak berkongsi cerita dengan aku sebab mereka xnak menyusahkan aku.Mak n ayah walaupon mak n ayah xcerita n suka sembunyikan sesuatu tapi aku tau apa yang berlaku. Mak n ayah semua yang kita hadapi dalam keluarga kita nie semuanya dugaan dari Allah. Mak n ayah kuatkan semangat k. Jangan cepat mengalah. Sememangnya manusia sekarang nie xboleh nak tengok kite senang. Dieowang akan dapat pembalasan dari apa yang dah buat. Mak n ayah sabar jea ea. Banyakkan berdoa supaya dijauhkan dari segala benda yang xelok. Mak n ayah terima kasih atas pengorbanan yang diberikan k. Mak n ayah sanggup berkorban apa saja untuk family kita..Jasa dan pengorbanan mak n ayah xdapat aku nak balas. Aku tau mak n ayah aku kuat semangat untuk tempuhi semua dugaan nie. I really miss both of you. Sayang mereka sangat2.






Saturday 15 October 2011

LAYAN :)

Assalamualaikum..

Selamat petang :)

Pada kebiasaannya kalau hari sabtu je mesti xtau nak wat pe kan. Buka TV pon cerita karton tapi layan jelah sebab xtau nk wat pe punya pasal. Aku pon tengok lah cite DETECTIVE CONAN. Die memang pandai menyelesaikan masalah Polis pon xboleh nak selesaikannya. Dah puas tengok TV kononnya nak wat assigment yang berlambak-lambak,buatlah jugak walaupon sikitkan.


 Kemudian cerita yang aku dan budak rumah nanti2 kan ialah DHOOM 2 :). Sebenarnya cite nie cerita hindustan sambungan yang lepas DHOOM. Meh cni aku ringkaskan serba sedikit pasal cerita DHOOM nie. Die cerita pasal seorang perompak yang pandai. xpernah tertangkap dengan polis. kalau polis terserempak pon last2 mesti die terlepas.macam2 cara die buat nak merompak contohnya nak rompak hotel so dieowang jadilah pelayan,tukang masak n macam2 lagi ar. Emmm kalo korang nak tau lebih lanjut g ar tgk kat YOUTUBE xpon beli CD. yang penting cite nie memang best arrr. Rugi kalau x tengok. 



Tuesday 11 October 2011

BERAKAUN BERSAMA HOUSEMATE :)

Assalamualaikum.

Selamat malam semua :)

Cerita malam nie pasal housemate aku yang tersayang. Study hard lah semua pasal esok ada kuiz akaun. kuiz yang paling menakotkan bagi semua budak uma aku.HAHAHAH. Bab kira2 memang aku lemah ar. Aku dah ar xsuke nak kira2 nie. Tapi nak xnak aku kena wat jugak ar. Budak2 uma aku semua pandai akaun. Aku rasa aku sowang je yang lemah kot pasal subjek nie. Emmm masa ngah study tadi sempat ar on9,makan jambu, n terasa nak makan burger Ramli. tapi kalo dapat makan burger MCD sedap jugak kan. mengidam nak makan.lama ar jugak aku xmakan burger MCD. Ada sape2 yang nk blanja aku k x? Demand x aku nie.Ala tapi bukan selalu kan. sape yang baik hati bagitau ar aku.HUHUHUHU. So sekarang aku ngan budak2 uma aku semua dah tutup buku akaun. Hebat kan kami semua.So tinggal nak jawab soalan  esk. Get ready ye semua my HOUSEMATE.







                                                 I WISH GOOD LUCK FOR YOU ALL :)

Monday 10 October 2011

HUJAN DI HARI SELASA :)

Assalamualaikum .

Selamat pagi semua :)

Gembira  rasanya arini sebab bangun2 je terdengar Cik Mira cakap kelas pukul 11 batal.wahhh apa lagi aku pon sambunglah tidur. Dengan cuaca hujan kat luar rumah menambahkan kenikmatan tidur lah. Tapi kejap je aku sambung tidur balik pas 2 dah tersedar. Cik Mira yang tidur sebelah aku pon rupa2nya dah bangun. Tapi kawan aku yang tidur kat bawah Cik Panot n Cik Anie lom bangun lagi.nikmat agaknya tidur masa time ujan nie kan. xpelah maybe dieowang tidur lambat semalam.. Sorry kawan2 mention nama korang dalam itineri aku hari nie.HAHAHAH. 


Bangun tidur je aku dah bukak laptop untuk on9 dan bukak nota sustainable tourism. Ingatkan nak amik kuiz yang tergendala ari tue punya. So bangun study lah nie kononya.Sambil2 study n on9 aku pon layan jelah lagu2 yang ada kat youtube.Cik Mira yang ada kat sebelah aku plak layan games yang ada kat FB kejap gamne nie kejap lagi game lain plak.Emmm semua sebab xtau nak wat pe pagi2 nie. LAPAR tapi nak masak malas plak.lagi nak beli kat luar sememangnya malas sebab ujan pas 2 belom mandi lagi. Sabo jelah.

Tapi jap agi kelas kol 1.15 sampai 2.15 ada plak.1 jam je kelas kan tapi macammana pon kena pergi jugak sebab ada present pasal BATU LAYAR yang kiteowang wat dulu. Semangat lah katakan nak ceritakan pengalaman masa g sana... Harap2 lah tak ujan time kiteowang nak g kelas. Dari sem 2 sampailah sem 5 kiteowang jalan kaki je g kelas. Hujan panas kiteowang redah je. bak kata pepatah 
"Bersusah-susah dulu bersenang-senag kemudian". 



SAHABAT :)



Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita
mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selamanya setia
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selama-lamanya… setia...

SERABUT !

Jadual untuk kelas minggu nie semua dah tersusun dengan baik k. Dengan kuiz n test yang berlambak-lambak dan banyak kelas ganti.So get ready jelah study coz kuiz n test boleh dibuat dalam bila2 masa jea.Arrrrghhhhhh.Nie ar nama nya dugaan masa belajar. kan best kalo time belajar tapi xada exam semua nie.mesti belajo pon enjoy je xada ar nk stesss sangat. Yang buat aku serabut sangat nie kuiz yang lepas2 pon aku xamik agi, nie nak tambah kuiz baru agi.Wahhh hebat lah. Masalah bukan xnk amik tapi lecture bz. ayat yang akan didengar.

Pelajar : Esk amik kuiz boleh x puan?
Lec      : Nanti sy bgtau bile boleh amik k.
Pelajar : ok puan.

Emmmm tunggu punye tunggu xada jugak. Tapi kalo puan baik hati bagi jelah markah yang tinggi untuk kuiz n test sy.HAHAHAH. Terbaik arrr.boleh k minx mcm 2 kat lecture?. So conclusionnya tunggu jelah bila boleh wat exam nie kan. Untuk kuiz2 yang mendatang aku harap semuanya senang2 je k. Dan untuk kelas ganti harap2 lah xada kan sebabnya aku malas .Sekian terima kasih :)


kononnya aku ngah study lah nie :)



Lastnya bukan study tapi TIDO !!!!